Isnin, 23 Mac 2009

Raudhatul Quran

PENDAHULUAN

Setiap anak, dari detik kehamilan ibunya, telah dibekalkan dengan potensi sempurna dari segi fizikal, kesihatan, kecerdasan akal, akhlak dan imannya. Proses ini membesar secara bertahap-tahap.

Ia mudah disempurnakan pembangunanya jika setiap tahap berlaku dengan baik dan mencapai mutu pembangunan yang wajar ( fitrah ) bagi tahap itu. Jika ini terhasil, tahap sempurna itu akan memudahkan pula pembinaan tahap yang menyusul, secara bertertib hinggalah terhasil pembangunan yang sempurna, selaras dengan mutu Fitrahnya.

Anak-anak akan memperolehi kemampuan-kemampuan untuk mudah belajar dari kecil hingga baligh. Justeru itu Raudhatul Quran menyediakan pendidikan bermula dari detik kelahiran bayi tersebut sehingah menjelang akhil baligh supaya cinta kepada Allah, kasih kepada Rasul-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia.

Perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak kami merangkumi skop yang luas, bukan setakat menjadikan seorang pelajar itu pandai tetapi dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia.Pendidikan akan menentukan cara berfikir seseorang pelajar malah lebih jauh dari itu kerana ia akan membentuk sistem kehidupan yang menjamin kebahagiaan pelajar tersebut di dunia dan di akhirat.

VISI
Melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah

MISI
Memperkasakan sistem pendidikan islam di samping tuntutan pendidikan semasa bagi menjana generasi pelajar yang berketerampilan dari segi ilmu dan sahsiahnya.

Tiada ulasan: