Jumaat, 11 November 2011

Perkhidmatan kami

antara perkhidmatan yang kami tawarkan:
kelas al-Quran dan Fardu ain
Haji dan Umrah
akikah dan Qurban
hubungi:
0106003821 @ 0174697770

Rabu, 4 Mei 2011

Pendaftaran baru bagi pelajar kelas Kafa dan al-Quran

Pada tahun hadapan 2012, Raudhatul al-Quran akan memulakan operasi seperti biasa pelajar baru dipersilakan mendaftarkan diri dengan segera sementara tempat masih ada, begitu juga kami menawarkan kepada warga dewasa untuk mempelajari al-Quran. untuk keterangan lanjut hubungi.


Ustaz Zakaria 0194106014/0106003821

Ustazah Fiza 0174697770

Sabtu, 13 Mac 2010

Kelebihan belajar al-Quran





Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”


Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”
Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”


Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”


Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”

Khamis, 17 September 2009

Pendaftaran pelajar Raudhatul Quran 2010




Assalamualaikum
kepada waris-waris pelajar yang berminat untuk menghantar anak-anak mempelajari al-Quran, Iqra' dan fardu ain, kami masih membuka pendaftran bagi sesi 2010, daftar segera tempat adalah terhad. antara perkhidmatan yang kami sediakan:

lokasi kami di Blok F-1-7 Apartmen Permata Bandar Perda Bukit Mertajam. berhadapan Astaka dan Petronas Bandar Perda.

Cawangan Lunas: 279 Lorong Kijang 6, Taman Kijang, Lunas Kedah.
maklumat lanjut hubungi Ustazah Norhafiza 017-46977770, Ustaz Zakaria 0194106014

Rabu, 25 Mac 2009

SUSASANA PEMBELAJARAN RQ

kelas sementara di rumah ustaz zakaria hamzah


ustazah nor hafiza sedang mendidik anak-anak pelajar

Isnin, 23 Mac 2009

Raudhatul Quran

PENDAHULUAN

Setiap anak, dari detik kehamilan ibunya, telah dibekalkan dengan potensi sempurna dari segi fizikal, kesihatan, kecerdasan akal, akhlak dan imannya. Proses ini membesar secara bertahap-tahap.

Ia mudah disempurnakan pembangunanya jika setiap tahap berlaku dengan baik dan mencapai mutu pembangunan yang wajar ( fitrah ) bagi tahap itu. Jika ini terhasil, tahap sempurna itu akan memudahkan pula pembinaan tahap yang menyusul, secara bertertib hinggalah terhasil pembangunan yang sempurna, selaras dengan mutu Fitrahnya.

Anak-anak akan memperolehi kemampuan-kemampuan untuk mudah belajar dari kecil hingga baligh. Justeru itu Raudhatul Quran menyediakan pendidikan bermula dari detik kelahiran bayi tersebut sehingah menjelang akhil baligh supaya cinta kepada Allah, kasih kepada Rasul-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia.

Perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak kami merangkumi skop yang luas, bukan setakat menjadikan seorang pelajar itu pandai tetapi dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia.Pendidikan akan menentukan cara berfikir seseorang pelajar malah lebih jauh dari itu kerana ia akan membentuk sistem kehidupan yang menjamin kebahagiaan pelajar tersebut di dunia dan di akhirat.

VISI
Melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah

MISI
Memperkasakan sistem pendidikan islam di samping tuntutan pendidikan semasa bagi menjana generasi pelajar yang berketerampilan dari segi ilmu dan sahsiahnya.